myfamily
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

2 posters

Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Fri Sep 25, 2009 12:55 pm

Jawatankuasa Bertindak
Himpunan Keluarga Allahyarham Tok Bakar

Lot 97, Belakang Masjid Kg Batu 8
Jalan Kuala Krai
16010 Kota Bharu
Kelantan
Telefon : 012-3268027 / 09-7124040

Tarikh : 25 September 2009

Assalamuaikum Warahmatullah w.b.t.

………………………………..

………………………………..

………………………………..

Tuan/Puan/Sdra/Sdri,

PERKARA : MAJLIS HIMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR

Merujuk kepada perkara di atas, sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, dengan segala hormat dan sukacita dijemput semua keluarga daripada salasilah Allahyarham Bakar bin Samah ke Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga seperti berikut;

Tarikh : Sabtu, 28 November / 11 Zulhijjah 1430 (Hari Raya Qurban Ke 2)
Jam : 10.00 pagi – 3.00 ptg (Aturcara dilampirkan)
Tempat : Lot 97, Belakang Masjid Kg Batu 8
Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
(Rumah Imam Syukri)

2. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan mengelakkan terputusnya perkenalan dan silaturrahim antara keluarga kerana meningkatnya ahli dari semasa ke semasa disamping untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan keluarga masing-masing.

3. Oleh yang demikian, kami amat berharap semoga Tuan/Puan/Sdra/Sdri dapat meluangkan masa untuk hadir dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan/Sdra/Sdri akan memeriahkan lagi majlis ini dan akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

4. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama ahli keluarga Allahyarham Ibrahim bin Bakar untuk rujukan Tuan/Puan/Sdra/Sdri. Sila lawati Laman Web Keluarga https://myfamily.forumms.net untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Imran 012-9838522.

Terima kasih, wassalam

“JAGALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARIPADA API NERAKA”

Yang benar,



(MAT ALI HANAFIAH BIN MOHAMED)
Penyelaras

Himpunan Keluarga Tok Allahyarham Bakar
Tel. No. : 012-3268027 / 09-7127040


Last edited by Admin on Wed Oct 21, 2009 10:18 am; edited 5 times in total
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Mon Sep 28, 2009 10:29 am

Majlis akan diadakan pada 28 Nov 2009/11 Zulhijjah (Raya Qurban Ke 2)

InsyaAllah kita akan Qurbankan 2 ekor lembu, nama2 ahli keluarga yg mengesahkan utk Qurban;
1) Penyelaras (Pakda Li) - 1
2) Mohamad Ismail (Abang Najib) -1
3) Pakhrul Rozi (Pakda) -1
4) Shahril -1
5) Ihsan -1
6) Imran -1
7) Sakinah (Che Hanapi) -1
Cool Ayahda & Bonda (Mohamed + Wan Bidah) -1
9) Che Ibrahim (Pakcu) -2
10) Mahasan (Anak Paksu Ghazali) -1
11) Alyustina -1
12) Fatimah (Manan) - 1 (update 18/10/09)
13) Romaizi - 1 (update 20/10/09)

Yang lain-lain tu bolehlah kalu nak bagi sumbangan sikit sore untuk beli bawang...beras....minyak


Last edited by Admin on Wed Oct 21, 2009 10:02 am; edited 2 times in total
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Mon Oct 05, 2009 2:22 pm

mitak cikwa kita jadi pengurus pitih@bendahari utk majlis ni guano.... Smile
follow up & kumpulkan bayaran utk Qurban RM300* satu bahagian dgn nama2 yg buat Qurban...
(*anggaran RM300/1 bahagian-jumlah sebenar setelah lembu sampai & ditimbang beratnya...kalu jumlah sebenar kurang dari RM300 i.e. Rm280, baki duit RM20 didermakan utk beli benda2 lain....)

pahtu mitak la samah serial dengan ahli keluarga lain untuk beli gula bawang...etc
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Tue Oct 20, 2009 7:58 pm

Mesyuarat Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar, mesyuarat telah diadakan seperti berikut;

Tarikh : 18/10/2009
Masa : 9.00pm – 10.30pm
Tempat : Rumah Imam Syukri (Kak Nah)

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Imam Syukri

Antara yg dibincangkan ;
1)Perlantikan Jawatan Kuasa;
Mohd Syukri Abd Rahman (Imam Syukri) - Penaung
Mat Ali Hanafiah Mohamed (Pakda Li) - Pengarah
Imran Mohd Syukri - Setiausaha
Pakhrul Rozi Mohamed - Bendahari

Ahli Jawatankuasa kerja;
Che Rahimah@Kak Mah - Ketua Masakan (termasuk bahan/peralatan memasak)
Che Hanapi - Minuman (termasuk bahan/peralatan minum)
Che Maznah@Kak Nah - Lucky Draw
Che Ibrahim@Pakcu - Penyembelihan (termasuk melapah/membahagi daging dll)
Ghazali@Poksu - Jemputan
Najla - Khemah/Banner/Pentas/Pendaftaran
Mustaqeem/Amir - Siaraya/Audio Visual
Zul Azri - Video/Photograph
Mohd Rafie - Parking
Pakhrul Rozi - Bahan bakar@kayu api

2) Sesi ta’arruf keluarga
Mesyuarat bersetuju supaya nama2 berikut menjadi wakil untuk memberi ucapan;
1) Che Ibrahim@Pakcu (tel: 013-9840899, wakil keluarga Mohamed)
2) Jusoh@Ust Soh (tel: 017-9381030, wakil keluarga Mustapha)
3) Rashid (tel: ?, wakil keluarga Yazid)
4) Ghazali@Poksu (tel:?, wakil keluarga Ghazali)
5) Razani (tel: 019-9217102, wakil keluarga Mariam)
6) Suhaimi (tel:012-9669574, wakil keluarga Mahsuri)

3) Anggaran perbelanjaan
Khemah dan peralatan = RM350 (3 khemah + 200 kerusi + 5 meja)
Beras = RM540 (90 X 6 guni)
Bahan masakan = RM500 (termasuk peralatan pinggan mangkuk)
Banner = RM200 (2 banner)
Minuman = RM200
Cabutan bertuah = RM1000
Lain2 = RM500
Jumlah = RM3,290


4) Qurban
14 bahagian @2 ekor lembu, satu bahagian anggaran RM300, harga sebenar bergantung kpd berat lembu (2/3 kilo daging/tulang akan dibahagikan kpd setiap peserta Qurban dan selebihnya dimasak).

5) Sumbangan
Nama2 berikut bersetuju untuk memberi sumbangan;
Kak Nah =RM500
Pak Da Li =RM500
Pak Da Ji =RM500
Imran =RM500
Che Asiah =RM500
Che Hanapi =RM200
Kak Mah =RM300
Kak Yah =RM200
Jumlah =RM3200

Ahli2 keluarga yang lain dialu-alukan untuk memberi sumbangan. Wang Qurban/Sumbangan hendaklah diserahkan kepada Bendahari (Pakda Ji) selewat-lewatnya 2 minggu sebelum Hari Raya Qurban. Tabung sumbangan juga akan disediakan semasa majlis diadakan. Wang sumbangan akan digunakan untuk tujuan seperti diatas dan bakinya akan digunakan untuk aktiviti2 keluarga pada masa hadapan termasuk penyelenggaran/sewa laman web.

6) Lembu & Penyembelihan
Lembu akan sampai selewat-lewatnya 3 hari sebelum Hari Raya. Abd Razak (Abe Jak Kak Mah) akan mengawal selia lembu tersebut sebelum disembelih di kawasan yg sesuai. Penyembelihan akan dilakukan ditempat lembu disimpan pada awal pagi selepas subuh pada Hari Raya Kedua. Che Ibrahim@Pakcu diamanahkan untuk penyembelihan termasuk melapah daging serta membahagi daging Qurban.

7) Cadangan Aturcara program;
7.00 – 10.00 - Sembelih, melapah daging & memasak
10.00 – 10.15 - Ucapan Pembukaan Pengarah Program
10.15 – 10.30 - Ucapan Aluan Penaung@Tuan Rumah
10.30 – 12.00 - Ucapan wakil keluarga
12.00 – 1.00. - Makan Tengahari
1.00 – 2.00 - Solat Zohor, Solat Hajat & Tahlil
2.00 – 3.00 - Sesi Bergambar
3.00 – 3.15 - Cabutan Bertuah


Petang selepas Solat Azar - Ziarah Kubur Kg Kor


Terima kasih

Pakda Li
012-3268027


Last edited by Admin on Mon Nov 02, 2009 3:00 pm; edited 1 time in total
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  cikwa Wed Oct 21, 2009 10:40 am

wowowowowooooo
cikwa bendahari?lagu mana tuuu..hok sbenar ko wat lolok ni silent
cikwa
cikwa

Posts : 8
Points : 10
Join date : 29/06/2009
Age : 40

http://www.awjan.wordpress.com

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Fri Oct 23, 2009 10:31 am

cikwa sebagai asisstant bendahari...nak bagi bendahari kutip sema nak muat poket sbb poket dia penuh sokmo...(tokey minyak Very Happy ) asisstant bendahari tulun kutip wang qurban penama2 diatas dan sapa2 yang suka dan rela bagi derma samah serial...bereh deh
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Mon Nov 02, 2009 3:20 pm

pakat2 sebar pada ahli keluarga masing2.....

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Banner10
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  cikwa Tue Nov 03, 2009 1:06 pm

cikwa kelik 2 hari sebelum raya..nanti buleh laa nk wat preparations..
sesaper yg nk bui sumbangan tu buleh laa hulur2 sket.....buleh beli adiah lucky draw ..goodies ko budak2
cikwa
cikwa

Posts : 8
Points : 10
Join date : 29/06/2009
Age : 40

http://www.awjan.wordpress.com

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Tue Nov 10, 2009 5:10 pm

Berikut antara senarai yg perlu dibereskan dengan seberapa segera, AJK yg dimaksudkan hendaklah bertukus lumus buat kerja, AJK No. 2 & 3 hendaklah memantau dan memastikan semua hal spt senarai di bawah adalah bereh belaka dan In Order…. yg lain pakat bantu deh;

1) Pentas-khemah, kusi, meja, tmpt solat, tmpt makan dll - AJK 9
2) Jemput ahli keluarga, kena follow up sokmo - AJK 5 & 2
3) Audio Visual – bereh?, kalu ada set karoke lagi molek - AJK 10
4) Photograph/Video – bereh? - AJK 10
5) Banner – bereh? - AJK 3
6) Pendaftaran - AJK 9
7) Borang Kemaskini Ahli - AJK 2
Cool Lucky Draw - AJK 9
9) Masakan/Minuman termasuk peralatan - AJK 7
10) Pamplet – sample ok ?, akan diberi sorang satu pada hari tu - AJK 2
11) Wang Sumbangan/Qurban – kena mitak cepat nih - AJK 4
12) Kotak Derma – buat 5 butir kotak derma mudah org nak buboh - AJK 4
13) Pengerusi Majlis & Siaraya – sapa jadi pengerusi - AJK 10
14) Surat jemputan & aturcara – ok - AJK 4&2
15) Batu Nisan/penanda kubur yg bernama – lagumana ? - AJK 3
16) Kayu api ? - AJK 4
17) Kawasan parking, kebersihan bereh ko - AJK 8
18) Jaga lembu/semelih & melapah - AJK 6
19) Carta Umum keluarga – kalu sempat nak buat Carta besar - AJK 2
20) Ada apa lagi ??...

Senarai AJK Kerja
1) Penaung - Mohd Syukri Abd Rahman
2) Pengarah Program - Mat Ali Hanafiah Mohamed
3) Setiausaha - Imran Mohd Syukri
4) Bendahari - Pakhrul Rozi Mohamed
5) Jemputan / Publisiti - Ghazali Ibrahim / Mat Ali Hanafiah Mohamed
6) Qurban / Penyembelihan - Che Ibrahim Mohamed/Abd Razak
7) Masakan & Jamuan - Che Rahimah Mohamed / Che Hanapi Mohamed
Cool Keselamatan, Lalulintas & Kebersihan - Mohd Rafie Mohd Nor / Zool Fadhli Mohamed/Ihsan
9) Khemah, Pentas, Pendaftaran & Cabutan Bertuah - Che Maznah Mohamed / Najla Mohd Syukri
10) Rakaman, Jurugambar, Siaraya & Audio Visual - Zul Azri Yusoff /Ahmad Mustaqem/Amir
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Admin Mon Nov 30, 2009 11:59 pm

Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dgn baik, insyaAllah pertemuan keluarga seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dengan lebih tersusun, penuh meriah dan dgn kehadiran yg lebih ramai

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Family10
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar Empty Re: Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga Tok Bakar

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum