myfamily
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MAJLIS HUMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR

Go down

MAJLIS HUMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR Empty MAJLIS HUMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR

Post  Admin Fri Sep 25, 2009 1:06 pm

Gambar kenangan bersama-sama ahli keluarga semasa majlis himpunan keluarga pada hari raya kedua/28 Nov 2009 baru-baru ini. Untuk melihat gambar-gambar lain, sila ke laman www.geni.com.

MAJLIS HUMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR Gambar10



&&&&&&&&&&&&&&&*****************#################@@@@@@@@@@@@
Jawatankuasa Bertindak
Himpunan Keluarga Allahyarham Tok Bakar

Lot 97, Belakang Masjid Kg Batu 8
Jalan Kuala Krai
16010 Kota Bharu
Kelantan
Telefon : 012-3268027 / 09-7124040

Tarikh : 25 September 2009

Assalamuaikum Warahmatullah w.b.t.

………………………………..

………………………………..

………………………………..

Tuan/Puan/Sdra/Sdri,

PERKARA : MAJLIS HIMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR

Merujuk kepada perkara di atas, sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, dengan segala hormat dan sukacitanya dijemput semua keluarga daripada salasilah Allahyarham Bakar bin Samah ke Majlis Himpunan & Ramah Mesra Keluarga seperti berikut;

Tarikh : Sabtu, 28 November / 11 Zulhijjah 1430 (Hari Raya Qurban Ke 2)
Jam : 10.00 pagi – 3.00 ptg
Tempat : Lot 97, Belakang Masjid Kg Batu 8
Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
(Rumah Imam Syukri)

2. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan mengelakkan terputusnya perkenalan dan silaturrahim antara keluarga kerana meningkatnya ahli dari semasa ke semasa disamping untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan keluarga masing-masing.

3. Oleh yang demikian, kami amat berharap semoga Tuan/Puan/Sdra/Sdri dapat meluangkan masa untuk hadir dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan/Sdra/Sdri akan memeriahkan lagi majlis ini dan akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

4. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama ahli keluarga Allahyarham Bakar bin Samah untuk rujukan Tuan/Puan/Sdra/Sdri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati Laman Web keluarga https://myfamily.forumms.net, atau hubungi En. Imran 012-9838522.

Terima kasih, wassalam

“JAGALAH DIRIMU DAN KELUARGAMU DARIPADA API NERAKA”

Yang benar,

(MAT ALI HANAFIAH BIN MOHAMED)
Penyelaras
Himpunan Keluarga Allahyarham Bakar bin Samah
Tel. No. : 012-3268027 / 09-7127040


Last edited by Admin on Tue Dec 08, 2009 2:49 pm; edited 7 times in total
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

MAJLIS HUMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR Empty Re: MAJLIS HUMPUNAN & RAMAH MESRA KELUARGA ALLAHYARHAM TOK BAKAR

Post  Admin Sun Sep 27, 2009 1:26 pm

IsyaAllah program ditukar pada 28 Nov 2009 (raya kedua)
Admin
Admin
Admin

Posts : 34
Points : 68
Join date : 16/06/2009

https://myfamily.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum